Tuesday, 7 June 2011

Hukum Perniagaan Wang Asing ( FOREX )

Tarikh Keputusan: 
3 Mar, 2005

Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 22 Muharram 1425 bersamaan 3 Mac 2005 buat kali ke 165 bersetuju bahawa hukum perniagaan wang asing adalah HARUS dengan syarat attaqabud.

'attaqabud adalah bermaksud mata wang yang diniagakan boleh diambil dan jelas ada di depan mata. Atau dengan kata lain boleh ditukar (serah dan terima) '

Reference
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh Keputusan: 
23 Dec, 2004

Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 11 Zulkaedah 1425 bersamaan 23 Disember 2004 buat kali ke 164 bersetuju bahawa hukum perniagaan wang asing adalah HARUS. Mesyuarat juga mengambil maklum:
  1. Tukaran wang telah lama berlaku dalam Ringgit Malaysia dalam Rial (tujuan untuk menunaikan ibadah haji).
  2. Bertujuan untuk memenuhi keperluan hajat,bukan untuk mencari keuntungan semata.
  3. Kebebasan perniagaan mata wang boleh mengakibatkan keruntuhan nilai ekonomi Negara.Maka yang diharuskan hanya untuk memenuhi hajat semasa sahaja.
  4. Tukaran wang adalah keperluan ekonomi untuk pembangunan Negara
Reference

0 comments:

Post a Comment